Perlu Ke Berhenti Solat Jika Masuk Waktu Sembahyang Seterusnya? Ini Pencerahannya [Video]
Menurut Imam Masjid Kg Nakhoda, Mohamad Zaid Mohamad Amran jika seseorang itu tidak sempat mendapatkan satu rakaat pertama sebelum tamat waktu solat maka solat itu dikira sebagai qada.
Jika sedang solat dan azan masuk waktu berikutnya berkumandang, solat wajib diteruskan dan tidak boleh dibatalkan dengan sengaja.
Menurut An-Nawawi dalam Majmu Syarah Muhazzab, solat tetap sah secara ijma' ulama walaupun waktu solat tamat ketika sedang bersolat.
Solat dikira tunai jika sempat satu rakaat sebelum waktu tamat, tetapi dikira qada jika tidak sempat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap daripada kita pastinya pernah berdepan situasi tergesa-gesa mahu mendirikan solat kerana menyedari berada di penghujung waktu. Namun belum selesai rakaat pertama, tiba-tiba azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu solat yang berikutnya.
Boleh ke berhenti daripada solat didirikan bila dengar azan menandakan masuk waktu solat seterusnya?
Baru-baru ini Geng Masjid Kg Nakhoda (MKN) ada melakukan sketsa memaparkan situasi yang sama dan apakah perkara yang perlu dilakukan jika anda berdepan dengan situasi ini.
Menerusi video dikongsikan, awalnya kelihatan Bilal, Ahmad Syaqiq berlari masuk ke dalam masjid dan mengangkat takbirahtulihram untuk memulakan solat Zuhurnya.
Tak boleh batalkan solat dengan sengaja
Namun tidak lama kemudian kedengaran azan waktu Asar berkumandang. Mendengar azan itu, dia kemudian segera memberhentikan solatnya kerana menyangkakan ia tidak sah dan perlu diganti (qada).
Tindakannya itu kemudian dilihat oleh Imam, Mohamad Zaid Mohamad Amran. Dia lalu bertanya kepada Bilal mengapakah dia berhenti kerana seseorang yang sedang mendirikan solat tidak boleh membatalkannya dengan sengaja.
Ahmad Syaqiq lalu menceritakan hal sebenar. Zaid kemudiannya menjelaskan seseorang itu tidak perlu memberhentikan solatnya.
Jika sedang solat ketika azan masuk waktu, maka solat perlu diteruskan
“Kata An-Nawawi dalam majmu syarah muhazzab, kalau seseorang itu sempat takbiratul ihram sebelum tamat waktu solat. Kemudian waktu solat habis, waktu tu dia tengah solat, tetap teruskan sahaja solat seperti biasa.
“Solat itu tetap sah secara ijma’ ulama. Cuma dari sudut sama ada ia dikira tunai atau pun qada terdapat beberapa pandangan dalam kalangan ulama,” ujarnya.
Jika tak sempat habiskan rakaat pertama solat dikira sebagai qada
Menurut Zaid, sekiranya seseorang tidak sempat mendapatkan rakaat pertama sebelum tamat waktu solat ada pandangan yang mengira solat itu sebagai qada.
Manakala jika sempat dapat menyempurnakan satu rakaat sebelum tamat waktu, maka solat itu dikira sebagai tunai.
Oleh itu sekiranya berdepan situasi sama, seseorang itu tidak perlu memberhentikan solat mahupun mengulangi semula solat terbabit.
Perkara sama turut dijelaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan seseorang yang sedang mendirikan solat dan kemudian masuk waktu sembahyang seterusnya, dia wajib meneruskannya.
“Wajib teruskan solat. Kita tengah sembahyang Zuhur, masuk rakaat yang kedua (berkumandang azan). Tak batal sembahyang, siapa yang berhenti berdosa (kerana berhenti tanpa sebab),” ujarnya.
Katanya jika seseorang itu sempat melakukan satu rakaat ia dipanggil tunai. Namun jika seseorang itu tidak sempat menyelesaikan satu rakaat maka ia dipanggil sebagai qada.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.