Ini Cara Mandi Wajib Wiladah Bagi Wanita Bersalin Caesar
Para ibu yang bersalin kaedah pembedahan atau czer juga boleh menggunakan Tayamum sebagai ganti basuhan yang terdapat pada luka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui proses berpantang bukan perkara yang boleh dipandang enteng bahkan si ibu perlu menjaga kesihatan dengan baik.
Sebagai umat Islam, wanita yang baru sahaja melahirkan bayi akan melakukan mandi wajib wiladah selepas proses bersalin. Namun bagi mereka yang melalui proses bersalin secara pembedahan atau caeserian pasti bimbang untuk melakukannya kerana takut luka tersebut terkena air.
Ini cara untuk mandi wajib wiladah jika Czer
Rupanya terdapat cara bagaimana seseorang ibu bersalin melalui pembedahan untuk mandi wajib wiladah.
Menerusi hantaran yang dikongsikan Muhammad Faisal di Threads, kaedah fiqh untuk kes yang mempunyai balutan (jabirah) atau kawasan luka yang mudarat jika terkena air adalah mereka boleh mandi wajib seperti biasa dan ratakan di seluruh anggota badan yang sihat.
Cukup sekadar sapu air dengan tangan basah
Namun cukup untuk sekadar sapu air dengan tangan basah di atas balutan (sekiranya dizinkan oleh doktor) luka perut yang tak boleh terkena air.
Selain itu, si ibu juga boleh menggunakan rukhsah Tayamum sebagai ganti basuhan yang terdapat pada luka terbabit.
Menurut Faisal, panduan yang diberikan itu adalah persediaan khusus untuk situasi kecemasan contohnya seperti:
- Balutan terbuka
- Luka yang mempunyai komplikasi
- Doktor larang jika kawasan terkena air disebabkan faktor kesihatan
View on Threads
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






