Now Reading
Ini 3 Golongan Yang Solatnya Tak Diterima [Video]

Ini 3 Golongan Yang Solatnya Tak Diterima [Video]

Dalam video dikongsikan influencer, Iddin Ramli telah menyenaraikan tiga jenis golongan yag solatnya tidak diterima atau diangkat melepasi kepalanya walaupun sejengkal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Solat lima waktu setiap hari merupakan ibadah wajib dilakukan oleh setiap umat Islam walau dalam apa keadaan sekalipun.

Bahkan kita juga perlu berusaha untuk melaksanakan ibadah itu sebaiknya. Namun terdapat golongan-golongan yang solatnya tidak diterima.

Ada 3 jenis golongan yang solatnya tak diangkat

Baru-baru ini influencer dan penulis buku agama, Iddin Ramli telah berkongsi tiga jenis golongan yang solatnya tidak diterima atau tidak diangkat melepasi kepalanya walaupun sejengkal.

Imam yang zalim sehingga makmum membencinya

Kata Iddin golongan pertama yang solatnya tidak diterima adalah seorang imam yang tidak diterima makmumnya.

“Boleh jadi imam tu zalim ada kejahatannya, mungkin akhlaknya, akhlak yang keji dan sebagainya sehingga menyebabkan makmum tak suka dan membenci imam tersebut,” jelasnya.

Isteri yang tidur dalam keadaan suami marah kepadanya

Keduanya golongan yang solat tak diterima adalah seorang isteri yang tidur dalam keadaan suami marah atau murka serta tak suka kepadanya.

Perkara itu boleh jadi disebabkan sang isteri tidak melayan atau tidak memberikan hak suaminya, atau berakhlak buruk terhadap suami.

Individu yang memutuskan hubungan persaudaraannya

Manakala yang terakhir seorang muslim yang memutuskan hubungan persaudaraannya.

“Ini memang suka bergaduh, cipta permusuhan pada orang lain. Suka sangatlah dengan perkara konflik, suka melibatkan diri serta tak nak berdamai dan sebagainya. Jadi kena hati-hati.

“Mudah-mudahan kita menjadi orang yang sentiasa menjalani kehidupan ini untuk menjadi versi terbaik diri kita sebagai seorang muslim.

“Hidup ini sementara sahaja. Tak ada guna pun kalau kita menyakiti orang lain.”

Jelasnya ketiga-tiga itu ada kena-mengena dengan akhlak dan tingkah laku.

UAI turut jelaskan perkara sama

Perkara sama turut dijelaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang memaklumkan tiga golongan yang tidak diterima solatnya.

Ujarnya antara golongan yang tidak diangkat solatnya adalah:

  • Imam yang orang tidak berani (menegurnya)
  • Suami yang meninggalkan anak isteri tanpa beri nafkah
  • Pemerintah yang melakukan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat
  • Orang yang makan daripada harta yang haram
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.