Now Reading
Apakah Hukum Menghentikan Solat Secara Tiba-tiba? Ini Penjelasannya [Video]

Apakah Hukum Menghentikan Solat Secara Tiba-tiba? Ini Penjelasannya [Video]

Kata Ustaz Jafri Mahmoodi solat terbahagi kepada dua iaitu fardu dan juga sunat maka hukumnya adalah berbeza mengikut sesuatu situasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Solat lima waktu merupakan ibadah yang dituntut dan wajib dilakukan oleh setiap umat Islam khususnya bagi mereka yang sudah mencukupi syaratnya.

Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlu mempelajari dan memahami apakah hukum yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam menunaikan solat agar sembahyang yang didirikan sah.

Boleh ke berhenti tiba-tiba ketika sedang solat?

Baru-baru ini pendakwah bebas, Ustaz Jafri Mahmoodi menjelaskan apakah hukum jika seseorang itu secara tiba-tiba berhenti daripada solat yang sedang dilakukannya.

Jelas Ustaz Jafri solat terbahagi kepada dua iaitu solat fardu dan juga solat sunat.

Ada 3 hukum untuk solat fardu bagi situasi berbeza

Bagi solat fardu, terdapat tiga hukum iaitu:

  1. Haram – Sekiranya seseorang itu dengan sengaja berhenti daripada solat didirikan tanpa sebab yang munasabah maka hukumnya haram.
  2. Harus – Harus jika ada keperluan yang mendesak, sebagai contoh individu tersebut mahu buang air kecil dan jika diteruskan solat tersebut perkara itu boleh mengganggu fokus atau khusyuk. Maka harus untuk dia berhenti daripada solat tersebut.
  3. Wajib – Wajib berhenti kalau ada perkara yang berbahaya, contoh macam tiba-tiba ada orang di sebelah dia rebah dan perlu diperiksa atau diselamatkan atau situasi lain seperti rumah terbakar, ular datang dan sebagainya. Maka wajib berhenti sebab menyelamatkan nyawa.

Ada 2 hukum jika berhenti secara tiba-tiba ketika sedang lakukan solat sunat

“Yang kedua sembahyang sunat, sembahyang sunat hukumnya ada dua. Yang pertama harus, kalau dia berhenti tu bersebab sebagai contoh sedang sembahyang secara tiba-tiba ada orang bagi salam nak masuk rumah dia. Dia berhenti, kemudian dia jawab salam dan panggil orang tu masuk. Harus hukumnya,” kata Ustaz Jafri.

Yang kedua adalah makruh jika dengan sengaja berhenti daripada solat sunat yang didirikan tanpa sebab.

Namun perbuatan berhenti solat sunat tanpa sebab itu adalah tidak berdosa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.