fbpx
Now Reading
Wajib Ke Isteri Taat Semua Arahan Suami? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri [Video]

Wajib Ke Isteri Taat Semua Arahan Suami? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri [Video]

Ada di kalangan para isteri sekarang yang berada dalam dilema sama ada mahu mengikut kata suami yang meminta melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seperti yang kita tahu, golongan lelaki menggalas tanggungjawab penting sejurus bergelar suami. Antaranya melindungi dan menjadi imam yang diamanahkan untuk memimpin isteri ke arah kehidupan yang lebih baik di dunia serta akhirat.

Oleh disebabkan itu, seorang isteri wajib mentaati suaminya.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadan), mengawal kemaluannya (maruah) dan taat kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki.”

[Riwayat Ibn Hibban, nombor hadis (4163), 471/9]

Pun begitu, ada juga sesetengah kes yang mana suami menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang pemimpin keluarga. Lebih parah lagi, ada suami yang meminta isteri mereka melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan perintah Allah SWT.

Baca Artikel Berkaitan: Asyik Salah Faham & Bermasam Muka? Wanita Ini Kongsi Tips Komunikasi Efektif Antara Suami Isteri

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Puas Hati, Jangan Bagi Silent Treatment” – Ini Antara Senarai Nasihat Perkahwinan Buat Bakal Pengantin

Ini Dua Kategori Taat Yang Para Muslim Perlu Tahu

Baru-baru ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi hantaran di laman Threads ada mengulas tentang topik ketaatan seorang isteri terhadap suami.

Persoalannya, adakah isteri perlu mentaati semua arahan suami? Jelas Dr Zulkifli, ketaatan terbahagi kepada dua kategori iaitu ketaatan mutlak dan ketaatan muqayyad (bersyarat).

Ketaatan yang mutlak hanyalah terpakai kepada Allah SWT dan Rasul. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul.”

[Surah An-Nisa’: 59]

Walaupun isteri dituntut untuk mentaati para suami, namun ia tidak dikategorikan sebagai mutlak sebaliknya muqayyad iaitu terikat dengan syariat.

Ini bermaksud seorang isteri wajib taat kepada suami selagi mana arahan itu membawa kepada kebaikan dan tidak bercanggah dengan perintah Allah. 

Bagaimanapun, jika arahan itu membawa kepada jalan maksiat, maka tidak ada keperluan untuk mentaatinya (suami).

Apa Perkara Yang Bertentangan Dengan Ajaran Islam?

Contoh perintah suami yang melanggar hukum syarak adalah seperti:

  • Melarang menunaikan solat wajib
  • Menyuruh membuka tudung dan mendedahkan aurat
  • Melarang menuntut ilmu agama
  • Meminta melakukan perkara haram seperti mengamalkan riba atau menipu
  • Lakukan sesuatu yang memudaratkan kesihatan seperti minum arak
Sumber: Pexels

Nabi Muhammad SAW bersabda:

لَا طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ الْخَالِقِ

Maksudnya: “Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta (Allah).”

Tambah Dr Zulkifli, Islam merupakan agama yang adil.

Islam mengajar ketaatan, tetapi tidak membenarkan kezaliman. Ia memuliakan suami sebagai pemimpin, tetapi dalam masa yang sama meletakkan sempadan agar tidak melampaui perintah Tuhan. Semoga Allah membimbing rumah tangga kita dengan ilmu, hikmah dan taqwa.

Dr Zulkifli Al-Bakri
View on Threads

Wajib Ke Taat Suami Yang Jahat?

Menerusi semakan kami, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu sesi tazkirah menegaskan bahawa seorang isteri wajib mentaati suaminya, meskipun pasangannya itu seorang yang jahat.

Namun tidak wajib sekiranya perintah itu adalah haram di sisi agama. Sama seperti pencerahan Dr Zulkifli mengenai topik ini.

“Contoh, suami tidak taat kepada perintah Allah seperti tidak bayar zakat. Tak taat kepada perintah Allah, tapi isteri (masih) wajib taat kepada suami. Suami tidak mahu solat, isteri wajib taat (kepada suami).

“Yang haram kita (isteri) taat, suami suruh kita tinggalkan yang wajib, sebagai contoh tinggal solat. Ataupun suami suruh buka tudung, dedah aurat. Jangan taat, faham? Suami tidak betul (jahat atau jahil), tidak taat pada agama, wajib (isteri) taat.

“Kalau kita tak suka, mohon penceraian di Mahkamah Syariah. Kalau kita sabar itu jalan terbaik, banyak pahala dapat,” jelas UAI.

Baca Artikel Berkaitan: Suami Halang Isteri Jumpa Keluarga Lepas Kahwin, Boleh Atau Tidak? Ini Penjelasannya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Kongsi Hal Rumah Tangga Di Media Sosial? Ini Jawapan Pejabat Mufti WP

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.