Now Reading
Apa Nak Buat Jika Baru Sedar Ada Cat Pada Anggota Badan Lepas Mandi Wajib & Solat? Ini Caranya [Video]

Apa Nak Buat Jika Baru Sedar Ada Cat Pada Anggota Badan Lepas Mandi Wajib & Solat? Ini Caranya [Video]

Kata Ustaz Jafri, sebaik sahaja menyedari ada cat pada anggota badan individu berkenaan perlu menyempurnakan mandi wajib yang telah dilakukan sebelum ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Solat lima waktu merupakan ibadah wajib dilakukan oleh setiap umat Islam terutama bagi yang mencukupi syarat-syaratnya.

Sebelum menunaikan solat kita sentiasa dinasihatkan untuk berada dalam keadaan yang bersih daripada segala kotoran.

Yelah kita kan nak menghadap Allah SWT maka perlulah bersih dan wangi kan?

Tetapi bagaimana sekiranya seseorang itu baru menyedari terdapat kotoran seperti cat pada anggota badan namun individu terbabit telah mandi wajib dan menunaikan solat. Adakah sah solat yang dilakukan?

Ustaz Jafri jelaskan apa nak buat jika baru perasan ada cat pada anggota badan tapi dah mandi wajib dan solat

Terbaharu pendakwah bebas, Ustaz Jafri Mahmoodi ada menjelaskan cara yang patut dilakukan sekiranya berada dalam situasi berkenaan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ustaz Jafri di TikTok, beliau memaklumkan pertamanya adalah sempurnakan mandi wajib yang telah dilakukan.

Basahkan tempat yang tak kena air berserta niat

“Macam mana nak buat? Basahkan pada tempat yang tak kena air itu dan niat untuk sempurnakan mandi wajib kita yang semalam (sebelum ini).

“Adapun solat kita yang kita buat selepas (sebelum sedar ada cat) daripada itu (seperti) Subuh, Zohor dan Asar itu kenalah diulang balik,” jelasnya.

Solat didirikan tidak sah namun tidak berdosa kerana tidak sengaja

Namun ia tidak dikira sebagai dosa. Ini kerana ia bukan sesuatu yang disengajakan untuk melakukan perkara yang menyebabkan solat menjadi tidak sah.

“Boleh saja (solat) diulang pada mana-mana waktu yang mudah untuk kita lakukan solat tersebut.

“Tidak tergesa-gesa (rushing) pun tidak mengapa. Cuma afdal (lebih baik) kita segerakan. Jadi tak perlu mandi semua, hanya sempurnakan pada bahagian yang tak terkena air itu sahaja.”

@jafrimahmoodi_off

Bagaimana keadaannya kalau dah mandi wajib, kemudian dah solat beberapa waktu baru perasan ada cat yang masih melekat di badan. Apa perlu buat? #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #jafrimahmoodi #fyp

♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.